Menulis adalah luahan dari sekeping hati yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata..SubhanAllah..

Seikat Kembang Merah-Imaen

Sunday, January 15, 2012

Sesi membeli belah novel2 karya JS yang sangat diminati di MPH Alamanda menggunakan vaucher 1 Malaysia.Jangan salah faham ok..disebabkab sem depan adalah sem 'berkerja' jadi takde la sangat buku nak beli..hehe..Seikat Kembang Merah hasil karya Imaen sangat sy suka sebab cerita dia yang cuba berdakwah dalam cerita. Gary atau amir seorang lelaki islam yang hidupnya jauh terpesong dari ajran agama, lepasan sekolah agam selama lima tahun namun sayang kehidupannya penuh dengan kegelapan. Namun Tahani seorang perempuan yang bertudung labuh telah menjadi sumber inspirasi untuk gary berubah kerana terlalu mencintai tahani.

Tetapi perubahan gary bukan laa cinta semata2, tetapi menyesal akan kuhidupan yang telah lama disia-siakan dan gary benar2 bertaubat. Tahani gembira dengan perubahan gary namun mereka tidak dapat bersama kerana gary terlalu banyak kisah silam yang menyebabkan hubungan gary dan tahani retak.Jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah s.w.t. Jodoh gary bukan dengan tahani tetapi dengan nina..

Siapa nina?

Kalau nak tahu beli laa novel Seikat Kembang Merah oleh imaen.Boleh dijadikan motivasi untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Semoga diri ini juga menerima Hidayah dan petunjuk dari NYA..AMINN
Assalamualaikum..

0 comments: