Menulis adalah luahan dari sekeping hati yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata..SubhanAllah..

Tidak semudah itu

Friday, January 27, 2012

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal..Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa yang kita lakukan.Jangan sesekali kita lupa pada Allah.Peringatan untuk semua dan diri sendiri..amin

ketenangan..

only Allah can give us 
ketenangan itu perlu dicari 
agar minda dan hati
sentiasa berfikiran positif..
InsyaAllah.....

perlukan kekuatan hati..

Thursday, January 26, 2012

Saat di mana semua hamba Allah memerlukan pertolongan darinYa..

 Ya Allah sesungguhnYa aku hanyalah insan yang lemah, yang lemah dalam menghadapi dugaanmu Ya Allah..Kau kuatkan lah hati ku , iman ku Ya Allah.sesungguhnYa hanya dengan Mu tempat ku mengadu..Amin

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan

Friday, January 20, 2012

La Illa Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kuntum Minaz Za Limin." (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.)

saja nak kongsi sebab doa ni bagus untuk di amalkan..InsyaAllah..
sumber : di sini

Balik Rumah

Alhamdulilah..dah sampai hujung sem rupanya.ingat macam baru tahun pertama pulak kat sini.hehe..Setelah hampir tiga tahun menimba ilmu kat bumi UKM ni rasa macam semua tu tak cukup je.mungkin sebab ilmu di dada masih tak penuh lagi kot.apa pun ilmu tu boleh di cari selagi hayat di kandung badan..di mana-mana pun kita boleh cari ilmu tu.asalkan kita rajin dan tekad.macam sy yang masih mencari-cari ilmu, kita semua pun masih lagi mencari ilmu tu, sebab kalau kita tak cari , hidup kita ni umpama rumah besar yang tidak berpenghuni.mana laa datang peribahasa tu kan, mestilah datang dari sy..hehe..sy la rasa macam tu, kalau hidup kosong tanpa ilmu umpama macam rumah besar tu laa.maaf kalau peribahasa tu xde kena mengena..takde kebahagian, takde tujuan..sedih..Semoga kita sentiasa dibuka pintu hati agar sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat..InsyaAllah..


Petang ni sy dengan kakak sy nak balik rumah..alhamdulillah..semoga Allah sentiasa melindungi kami semua dari segala bencana dan bahaya..semalam dah call mak bagitahu nak balik hari ini,siap mintak mak masak lauk kegemaran, sambal ikan bilis dengan kari daging..lama dah ke sy tak balik rumah ye?dekat tiga minggu dah..macam tiga tahun je..hehe..nak buat camna, kat rumah tu macam ada magnet je..rasa nak balik selalu je.lepas ni terus duduk rumah sebab mula praktikal nanti pun kat kawasan rumah..Ya Allah, memang bagus betul kan sy, semua nak buat kat rumah. bukan apa senang sikit kalau duduk rumah, jimat sikit..hikhik


Lagipun kebetulan mintak kat PERKESO tu dapat..alhamdulillah..mungkin ada rezeki untuk dapat pekerjaan tetap kat sana ke, insyaAllah..rindu betul dengan mak , ayah, adik beradik dengan dua orang anak sedara kat rumah tu, hari-hari tanya bila nak balik.hehe..yang adik mestilah tak tanya kan sebab baby lagi, tapi kalau kakak dia, kalau dah bercakap tak nak berhenti.budak kecik memang camtu, sy pun dulu-dulu camtu jugak, dah besar baru nak diam sikit..:)

ok laa macam dah melalut je sy ni, nk sambung kemas barang la..sempat lagi update blog tu, hehe..
doakan sy dan kakak sy selamat pulang ke rumah..amin
:)
Assalamualaikum...


Cinta Itu Indah..:)

✿ Jika mencintai itu indah kenapa harus ada air mata
✿ Jika mencintai itu menyakitkan kenapa juga ada tawa yang terhias

✿ dimanakah letak kasih sayang jika tiada keikhlasan
✿ dimana letak kehidupan jika tiada perasaan

✿ cinta tanpa iman tak lebih seperti pengkhianat rasa
✿ cinta tanpa taqwa adalah awal dari sebuah kehancuran

✿ waspadai cinta kerana ada cinta yang membutakan mata hati
✿ tiada satupun cinta yg abadi kecuali cinta kepada Maha Pencipta

selau banyak sayang dan cinta kerana Allah dariku.. :)
sumber : AkuIslam

stiil learning

salam semua..tiba-tiba malam ni nak berkongsi sesuatu,waktu tangah terbaca sesuatu..

  

i am still young and i have got so many things to do..So, jangan biarkan hidup ini sia2 dengan perkara yang lepas..life must go on dear..cheer up!
May Allah bless..^^

selesai sudah

Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah selesai sudah exam yang berlangsung selama 1 bulan..heheh..takde laa sampai sebulan sebab ada gap antara exam tu..

Bersyukur sangat sebab semua dah berakhir. sekarang boleh tumpukan kepada praktikal pulak...Sy akan mula praktikal pada 1hb feb 2012 ni..ahh..baru je nak cuti lama-lama, tapi xdpat laa..orang dah panggil kena bekerja.ikut jela..lepas tu baru boleh tarik nafas lega dan kena fikir untuk perancangan masa depan..hikhik..ishh tak patut betul laa..sepatutnya dah lama fikir masa depan...InsyaAllah..

adakah kita semua dah bersedia??adakah sy dah bersedia untuk masa depan yang masih jauh?


insyaAllah..semoga kita semua mendapat kebahagian yang diredhai oleh Allah..amin..:)


i have to be strong..

Tuesday, January 17, 2012

Menghadap buku keadah penyelidikan ni memang memeningkan kepala sebab terlalu banyak bahsa matematik..@__@
Tapi nak buat macam mana terpaksa juga sebab hari khamis dah nak exam..pukul 3.30petang..
i know that i am not strong enough tapi berkat nasihat kakak sy dan kawan2 sy, i know that i can move on..Family,
my dearest cha, Diana dan Emi ----> thanks sebab selalu ada untuk s..sy syg korang sangat2..
dan sy memang maksudkan apa yang sy rasa..

TQ so much...:)

Seikat Kembang Merah-Imaen

Sunday, January 15, 2012

Sesi membeli belah novel2 karya JS yang sangat diminati di MPH Alamanda menggunakan vaucher 1 Malaysia.Jangan salah faham ok..disebabkab sem depan adalah sem 'berkerja' jadi takde la sangat buku nak beli..hehe..Seikat Kembang Merah hasil karya Imaen sangat sy suka sebab cerita dia yang cuba berdakwah dalam cerita. Gary atau amir seorang lelaki islam yang hidupnya jauh terpesong dari ajran agama, lepasan sekolah agam selama lima tahun namun sayang kehidupannya penuh dengan kegelapan. Namun Tahani seorang perempuan yang bertudung labuh telah menjadi sumber inspirasi untuk gary berubah kerana terlalu mencintai tahani.

Tetapi perubahan gary bukan laa cinta semata2, tetapi menyesal akan kuhidupan yang telah lama disia-siakan dan gary benar2 bertaubat. Tahani gembira dengan perubahan gary namun mereka tidak dapat bersama kerana gary terlalu banyak kisah silam yang menyebabkan hubungan gary dan tahani retak.Jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah s.w.t. Jodoh gary bukan dengan tahani tetapi dengan nina..

Siapa nina?

Kalau nak tahu beli laa novel Seikat Kembang Merah oleh imaen.Boleh dijadikan motivasi untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Semoga diri ini juga menerima Hidayah dan petunjuk dari NYA..AMINN
Assalamualaikum..

merindui kanak-kanak kecil di rumah~

Friday, January 13, 2012

Missing muhammad ammar rayyan and nurul iman so much!wait for your auntie dear..i will back on nextweek friday..XD

Assalamualaikum

Hari jumaat yang sangat indah bertemu kita semula..welcomee..:)
Selamat datang ke blog yang baru!!baru laa sangat.baru tukar layout je pun. lama rasanya sy tutup blog ni.Maaf sebab tutup tanpa bagitahu sebelum tu atas sebab-sebab yang tertentu. New life, new blog and new journey for me for year 2012..Terlalu banyak perkara yang tidak diduga berlaku sepanjang awl thn 2012.
Emosi, perasaan, tekanan semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Sy pun masih baru ingin mengenal erti kehidupan.Apa itu erti kehidupan sebenarnya..?

Pengalaman demi pengalaman serta dorongan yang berlimpah luah dari keluarga dan rakan-rakan membantu sy untuk jatuh dan bangun dalam sesuatu kehidupan.Terima kasih yang tak terhingga kepada kakak-kakak sy banyak membantu..i really appreciate that.Sy sayang sangat keluarga sy.Sy tahu perjalanan hidup sy masih baru, masih panjang, masih banyak lagi yang belum sy terokai.Bumi ALLAH ni sangat luas.Jangan kita sia-siakan.Selagi masih hidup, terokai lah dan  fahamilah .

Sy juga sentiasa mengingati diri sy yang semua di dalam dunia hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada apa yang kekal melainkan Cinta dan keihklasan kita kepada ALLAH S.W.T..
Sama-sama laa kita sentiasa tunduk dan patuh pada perintahnya.InsyAllah..AMIN

Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH S.W.T..Assalamualaikum